Thursday 13 October 2016

Kos nak ambil masa degree nanti......

Dear Readers,

Assalamualaikum and hai wahai readers sekalian! ok, harini aku nak story sikit pasal kos2 yang aku minat nak sambung untuk degree nanti. Ok, first choice aku sebenarnya nak jadi ahli farmasi lepas tengok sepupu aku yang kerja farmasi. Bukan main seronok lagi dia hidup dengan ubat2 bagai kan. So, masa keluar result SPM haritu, aku ada jugak mohon universiti yang menawarkan kos2 farmasi ni. Tapi malangnya, aku tak dapat mana2 tawaran pun. Sedih bukan? sob sob sob.. HAHA tapi salah aku juga sebab mohon tanpa tengok kelulusan dia dulu. Aku punya result SPM tak ada lah gempak, cemerlang, terbilang sangat. Tapi ok lah dengan usaha aku tu hehe. Memang sedih tapi perjuangan harus diteruskan dengan masuk matrikulasi ni and harapnya aku dapat lah kos tu masa nak sambung degree nanti.

Ok, nak dijadikan cerita, masa tengah sedih sebab tak dapat tawaran UPU, aku dengan gigihnya pegi jumpa cikgu kaunseling sekolah menengah aku, and kitaorang ada buat satu ujian Iventori Minat Kerjaya and aku punya kerjaya lebih ke arah bidang yang melukis2. Kat sekolah dulu, aku ada juga niat nak ambil Lukisan Kejuruteraan tapi kat sekolah aku tak ditawarkan aliran tu untuk budak2 Form 4 & Form 5. So, dengan sukacitanya aku ambil aliran Sains Tulen and belajarlah subject yang agak "nice" bagi aku.

Masa masuk matrikulasi ni barulah aku jumpa cita2 sebenar aku iaitu Architect. Ayah aku ni seorang architect yang berjaya jugak. Maybe aku ni pewaris architect ayah aku kut hehe. So, lepas buat beberapa research daripada beberapa portal universiti, banyak juga universiti yang tawarkan khursus ni. Antaranya, UPM, UiTM, UKM, UM and beberapa lagi universiti yang lain. TU baru yang IPTA, bukan lagi yang IPTS. Kalau yang IPTS pula, Lim Kok Wing, Taylors College and lain2 lagi. So aku ingat, nanti nak sambung degree, aku nak minta kos Architecture and harap2 dapat lah ye. Doakan saya!

Antara kelayakan nak ambil kos Architecture ni berdasarkan UPM punya syarat kelayakan ialah:

Syarat Kemasukan:
Syarat kemasukan mengikut kelayakan umum minimum UPM, iaitu:
A.  Bagi Pemohon STPM:
1. Mendapat kelulusan baik dalam SPM / setaraf;
2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM /
setaraf;
3. Lulus dengan baik dalam peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya;
i. Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian / Kertas Am; dan
ii. Gred C (NGMP2.0 CGPA) dalam 2 mata pelajaran lain;
4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET)

B.  Bagi Pemohon Matrikulasi KPM /Asasi Sains UM/Asasi Sains UTM
1. Mendapat kelulusan baik dalam peperiksaan SPM atau setaraf;
2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM atau setaraf;
3. Mendapat kelulusan baik peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya;
i. Gred C (NGMP 2.00) dalam Kertas Am, dan
ii. Gred C (NGMP 2.00) dalam 2 mata pelajaran lain.
4. Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan
5. Telah mengambil ujian Malaysian University English Test (MUET)
C.  Pemohon Kelayakan Lain Yang Setaraf
1. Mendapat kelulusan baik dalam peperiksaan SPM atau setaraf;
2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM / setaraf;
3. Kelayakan lain yang diiktiraf sebagai setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UPM dan
4. Telah mengambil ujian Malaysian University English Test (MUET)
Keperluan Khas Fakulti
1. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai gred yang baik dalam mata pelajaran Matematik, Fizik atau Sains pada peringkat SPM atau sekurang-kurangnya prinsipal dalam Fizik dan Matematik pada peringkat STPM
2. Mendapat kelulusan yang baik dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM.


ok lah, sampai sini sahaja. Doakan kejayaan saya yaa wahai readers sekalian! Bye!





No comments:

Post a Comment