Thursday 6 October 2016

Hobi Saya

Assalamualaikum and hai semua.

Tajuk untuk aku merapu harini ialah "Hobi". Hobi ni maksud dia, aktiviti yang kita buat kalau ada waktu lapang. Macam aku, kalau ada je masa lapang, aku suka hiking, jungle tracking, main kayak, melukis, ikut ayah aku pegi office dia, teman mama shopping, kacau adik kembar aku, and makan! ok2 dah start merepu HAHA.

Aku ni dikira sejenis makhluk yang sangat sukakan bau hutan, I mean suasana dalam hutan, pokok2 yang tinggi2 and hijau, haiwan tak kiralah yang jenis mamalia or serangga sekalipun, I like it so much! Aku mula minat hiking ni masa aku darjah 6 and masa tu ayah yang mula ajak aku pegi hiking dengan kawan2 dia. So, aku, abang, ayah, and kawan2 ayah aku pegilah hiking dekat Gunung Tebu kat Terengganu. Gunung ni terletak dekat daerah Besut and tak jauh pun dengan rumah aku. First tu memang semput jugak lah sebab aku kecik lagi kut masa tu! Come on! Masa tu baru darjah 6 kut HAHA. Aku lupa pulak tinggi gunung tu berepa meter tapi dalam 4-5 jam jugak nak daki gunung tu sampai puncak. Part yang paling best, masa dah sampai kat puncak gunung tu, pemandangan dia memang cantik and super cantik! HAHA part tu yang paling ditunggu bagi orang2 yang suka mendaki macam aku ni. Sungguh tak terkata cantik dia!

Sebagai nasihat, sape2 yang tak suka mendaki ni, aku rasa, baik korang cuba dulu. Sekali cuba, memang nak pegi lagi. ok, stop sampai sini.

No comments:

Post a Comment