Thursday 20 October 2016

Apa yang aku dapat masa Taklimat UPU baru2 ni.

Dear Readers,

Assalamualaikum and selamat petang semua! Harini nak merapu fasal sambungan entri hari Khamis minggu lepas yang fasal kerjaya and kos yang aku nak ambil masa nak sambung degree nanti. Ok, ceritanya bermula pada hari Sabtu minggu lepas, kami (pelajar2 KMNS) dikunjungi abang2 handsome dan kakak2 cantik yang berfungsi sebagai wakil untuk menerangkan tentang kos2 yang ditawarkan kat universiti yang diaorang mengajar. Sebenarnya, program ni start hari khamis bermula dengan taklimat UPU yang diadakan kat surau besar KMNS. Ramai betul orang dalam tu sampai aku hampir nak pitam bau ketiak masing2 sebab masa tu tengah hari dengan cuaca panas terik lagi sampai berpeluh peluh pastu masa tu baru lepas habis program MSP lagi! haa boleh bayangkan macam mana keadaan aku masa tu! Siksa wei!

Masa taklimat UPU tu, aku datang lewat sebab masa tu program MSP habis lewat. Dahlah jauh tempat MSP aku tu dengan surau! Jenuh gak lah berjalan and aku ambil keputusan untuk berlari anak macam berlari kat tepi pantai tu. HAHA lenguh gak kaki dengan member pulak call tanya kau kat mana lah, pastu suruh cepat lah! amboiiii ingat aku ada banyak kaki ke? ingat aku lipan ke apa nak suruh aku cepat tapi nasib baik masa tu aku pakai seluar dengan baju T-shirt KMNS. Kalau pakai baju kurung, matilah aku nak berlari! tak ayu lah berlari pakai baju kurung bagai! Tu dah bukan perempuan melayu terakhir tu, tu dah macam perempuan akhir zaman! HAHA. Ok, back to our topic, masa aku pegi kat taklimat UPU tu, banyak benda yang aku tak tahu contohnya kesalahan masa nak isi UPU Online tu, serba sedikit aku dah tahu sekarang ni. Patutlah masa SPM haritu aku tak dapat mana2 tawaran U pun sebab banyak kesalahan aku buat. HAHA tu lah, orang cakap tak tahu, tanya. jangan jadi bodoh sombong! kan dah kena! Lepas ni, kepada adik yang nak isi UPU tu, mohon rujuk pakar2 dulu. Maksud aku, cikgu2 ke, kakak or abang ke, pak cik mak cik kau ke. jangan tanya atuk nenek kau dah lah. Mahunya melatah orang tua tu!

Ok, pada malam tu pulak, ada taklimat pasal universiti lah kat Dewan Kuliah. masa tu aku tak bersemangat langsung nak pegi situ sebab masa tu malam, penat petang tu tak hilang lagi pastu tiba2 kena pegi dengar taklimat pulak kan? penat duh! tapi aku gagahkan diri gak haha. Masa orang bagi taklimat masuk universiti ni, mata aku terus tak ngantuk, rasa penat tu dah hilang. dengan tiba2 pulak tu! maybe abang2 and kakak2 U tu handsome and cantik kut! HAHAHA ok, yang tu merapu! memang besut and tak menyesal aku pegi sebab aku dapat banyak info and maklumat tentang universiti diaorang tu. memang best!

Cerita hari Sabtu pulak, pukul 9.30 pagi kitaorang kena pegi Dewan Minangkabau untuk terjah or melawat booth setiap universiti. antaranya, UPM, UM, Unisza, UTM, UniKL, MSU, MMU and banyak lagi lah. meriah gila! masa tu lah aku dengan penuh azam dan takwanya pegi tanya setiap Kakak2 dan abang2 kat situ tentang kos yang aku minat yang ditawarkan kat universiti diaorang. semua jawapan diorang memang memuaskan! semua soalan aku diaorang jawab dengan jawapan yang memuaskan! HAHA 5 stars untuk kakak2 dan abang2 yang menjawab soalan saya tu! and kat sini, aku sertakan antara universiti yang aku nak sambung degree aku nanti:






Doa2kan lah kejayaan aku and harapnya aku tak buat kesalahan lagi masa nak isi UPU nanti! HAHA. ok, stop sini dulu. byeee.

No comments:

Post a Comment