Thursday 20 October 2016

3 tempat?

Dear Readers,

Assalamualaikum and selamat sejahtera! harini nak cerita pasal tempat yang aku nak pegi nanti aku banyak duit and kaya raya! HAHA ok, tempat yang aku ank sangat pegi ialah Gunung Everest. gila kan? tapi aku memang nak pegi sangat kat situ ! kat kaki gunung dia pun dah kira ok asalkan dapat pegi kat sana memandangkan aku ni jenis yang suka hiking sangat2! In Sha Allah one day ya!

Tempat kedua yang aku nak pegi ialah, Hollywood! dunia penuh lakonan! HAHA aku tak tau kenapa nak pegi sangat kat situ, maybe terpengaruh dengan cerita mat saleh tapi aku tak terpengaruh dengan budaya dia ok! Cuma kat sana just dia punya view je cantik entahlah! HAHA

Tempat terakhir sekali, aku nak pegi Pulau. mana2 pulau dalam Malaysia or luar Malaysia aku tak kisah asalkan pulau. as we all know, view kat pulau kan cantik, coral lagi, waaaa tak sabar!

Apa yang aku dapat masa Taklimat UPU baru2 ni.

Dear Readers,

Assalamualaikum and selamat petang semua! Harini nak merapu fasal sambungan entri hari Khamis minggu lepas yang fasal kerjaya and kos yang aku nak ambil masa nak sambung degree nanti. Ok, ceritanya bermula pada hari Sabtu minggu lepas, kami (pelajar2 KMNS) dikunjungi abang2 handsome dan kakak2 cantik yang berfungsi sebagai wakil untuk menerangkan tentang kos2 yang ditawarkan kat universiti yang diaorang mengajar. Sebenarnya, program ni start hari khamis bermula dengan taklimat UPU yang diadakan kat surau besar KMNS. Ramai betul orang dalam tu sampai aku hampir nak pitam bau ketiak masing2 sebab masa tu tengah hari dengan cuaca panas terik lagi sampai berpeluh peluh pastu masa tu baru lepas habis program MSP lagi! haa boleh bayangkan macam mana keadaan aku masa tu! Siksa wei!

Masa taklimat UPU tu, aku datang lewat sebab masa tu program MSP habis lewat. Dahlah jauh tempat MSP aku tu dengan surau! Jenuh gak lah berjalan and aku ambil keputusan untuk berlari anak macam berlari kat tepi pantai tu. HAHA lenguh gak kaki dengan member pulak call tanya kau kat mana lah, pastu suruh cepat lah! amboiiii ingat aku ada banyak kaki ke? ingat aku lipan ke apa nak suruh aku cepat tapi nasib baik masa tu aku pakai seluar dengan baju T-shirt KMNS. Kalau pakai baju kurung, matilah aku nak berlari! tak ayu lah berlari pakai baju kurung bagai! Tu dah bukan perempuan melayu terakhir tu, tu dah macam perempuan akhir zaman! HAHA. Ok, back to our topic, masa aku pegi kat taklimat UPU tu, banyak benda yang aku tak tahu contohnya kesalahan masa nak isi UPU Online tu, serba sedikit aku dah tahu sekarang ni. Patutlah masa SPM haritu aku tak dapat mana2 tawaran U pun sebab banyak kesalahan aku buat. HAHA tu lah, orang cakap tak tahu, tanya. jangan jadi bodoh sombong! kan dah kena! Lepas ni, kepada adik yang nak isi UPU tu, mohon rujuk pakar2 dulu. Maksud aku, cikgu2 ke, kakak or abang ke, pak cik mak cik kau ke. jangan tanya atuk nenek kau dah lah. Mahunya melatah orang tua tu!

Ok, pada malam tu pulak, ada taklimat pasal universiti lah kat Dewan Kuliah. masa tu aku tak bersemangat langsung nak pegi situ sebab masa tu malam, penat petang tu tak hilang lagi pastu tiba2 kena pegi dengar taklimat pulak kan? penat duh! tapi aku gagahkan diri gak haha. Masa orang bagi taklimat masuk universiti ni, mata aku terus tak ngantuk, rasa penat tu dah hilang. dengan tiba2 pulak tu! maybe abang2 and kakak2 U tu handsome and cantik kut! HAHAHA ok, yang tu merapu! memang besut and tak menyesal aku pegi sebab aku dapat banyak info and maklumat tentang universiti diaorang tu. memang best!

Cerita hari Sabtu pulak, pukul 9.30 pagi kitaorang kena pegi Dewan Minangkabau untuk terjah or melawat booth setiap universiti. antaranya, UPM, UM, Unisza, UTM, UniKL, MSU, MMU and banyak lagi lah. meriah gila! masa tu lah aku dengan penuh azam dan takwanya pegi tanya setiap Kakak2 dan abang2 kat situ tentang kos yang aku minat yang ditawarkan kat universiti diaorang. semua jawapan diorang memang memuaskan! semua soalan aku diaorang jawab dengan jawapan yang memuaskan! HAHA 5 stars untuk kakak2 dan abang2 yang menjawab soalan saya tu! and kat sini, aku sertakan antara universiti yang aku nak sambung degree aku nanti:






Doa2kan lah kejayaan aku and harapnya aku tak buat kesalahan lagi masa nak isi UPU nanti! HAHA. ok, stop sini dulu. byeee.

Thursday 13 October 2016

Kos nak ambil masa degree nanti......

Dear Readers,

Assalamualaikum and hai wahai readers sekalian! ok, harini aku nak story sikit pasal kos2 yang aku minat nak sambung untuk degree nanti. Ok, first choice aku sebenarnya nak jadi ahli farmasi lepas tengok sepupu aku yang kerja farmasi. Bukan main seronok lagi dia hidup dengan ubat2 bagai kan. So, masa keluar result SPM haritu, aku ada jugak mohon universiti yang menawarkan kos2 farmasi ni. Tapi malangnya, aku tak dapat mana2 tawaran pun. Sedih bukan? sob sob sob.. HAHA tapi salah aku juga sebab mohon tanpa tengok kelulusan dia dulu. Aku punya result SPM tak ada lah gempak, cemerlang, terbilang sangat. Tapi ok lah dengan usaha aku tu hehe. Memang sedih tapi perjuangan harus diteruskan dengan masuk matrikulasi ni and harapnya aku dapat lah kos tu masa nak sambung degree nanti.

Ok, nak dijadikan cerita, masa tengah sedih sebab tak dapat tawaran UPU, aku dengan gigihnya pegi jumpa cikgu kaunseling sekolah menengah aku, and kitaorang ada buat satu ujian Iventori Minat Kerjaya and aku punya kerjaya lebih ke arah bidang yang melukis2. Kat sekolah dulu, aku ada juga niat nak ambil Lukisan Kejuruteraan tapi kat sekolah aku tak ditawarkan aliran tu untuk budak2 Form 4 & Form 5. So, dengan sukacitanya aku ambil aliran Sains Tulen and belajarlah subject yang agak "nice" bagi aku.

Masa masuk matrikulasi ni barulah aku jumpa cita2 sebenar aku iaitu Architect. Ayah aku ni seorang architect yang berjaya jugak. Maybe aku ni pewaris architect ayah aku kut hehe. So, lepas buat beberapa research daripada beberapa portal universiti, banyak juga universiti yang tawarkan khursus ni. Antaranya, UPM, UiTM, UKM, UM and beberapa lagi universiti yang lain. TU baru yang IPTA, bukan lagi yang IPTS. Kalau yang IPTS pula, Lim Kok Wing, Taylors College and lain2 lagi. So aku ingat, nanti nak sambung degree, aku nak minta kos Architecture and harap2 dapat lah ye. Doakan saya!

Antara kelayakan nak ambil kos Architecture ni berdasarkan UPM punya syarat kelayakan ialah:

Syarat Kemasukan:
Syarat kemasukan mengikut kelayakan umum minimum UPM, iaitu:
A.  Bagi Pemohon STPM:
1. Mendapat kelulusan baik dalam SPM / setaraf;
2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM /
setaraf;
3. Lulus dengan baik dalam peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya;
i. Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian / Kertas Am; dan
ii. Gred C (NGMP2.0 CGPA) dalam 2 mata pelajaran lain;
4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET)

B.  Bagi Pemohon Matrikulasi KPM /Asasi Sains UM/Asasi Sains UTM
1. Mendapat kelulusan baik dalam peperiksaan SPM atau setaraf;
2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM atau setaraf;
3. Mendapat kelulusan baik peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya;
i. Gred C (NGMP 2.00) dalam Kertas Am, dan
ii. Gred C (NGMP 2.00) dalam 2 mata pelajaran lain.
4. Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan
5. Telah mengambil ujian Malaysian University English Test (MUET)
C.  Pemohon Kelayakan Lain Yang Setaraf
1. Mendapat kelulusan baik dalam peperiksaan SPM atau setaraf;
2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM / setaraf;
3. Kelayakan lain yang diiktiraf sebagai setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UPM dan
4. Telah mengambil ujian Malaysian University English Test (MUET)
Keperluan Khas Fakulti
1. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai gred yang baik dalam mata pelajaran Matematik, Fizik atau Sains pada peringkat SPM atau sekurang-kurangnya prinsipal dalam Fizik dan Matematik pada peringkat STPM
2. Mendapat kelulusan yang baik dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM.


ok lah, sampai sini sahaja. Doakan kejayaan saya yaa wahai readers sekalian! Bye!





Thursday 6 October 2016

Hobi Saya

Assalamualaikum and hai semua.

Tajuk untuk aku merapu harini ialah "Hobi". Hobi ni maksud dia, aktiviti yang kita buat kalau ada waktu lapang. Macam aku, kalau ada je masa lapang, aku suka hiking, jungle tracking, main kayak, melukis, ikut ayah aku pegi office dia, teman mama shopping, kacau adik kembar aku, and makan! ok2 dah start merepu HAHA.

Aku ni dikira sejenis makhluk yang sangat sukakan bau hutan, I mean suasana dalam hutan, pokok2 yang tinggi2 and hijau, haiwan tak kiralah yang jenis mamalia or serangga sekalipun, I like it so much! Aku mula minat hiking ni masa aku darjah 6 and masa tu ayah yang mula ajak aku pegi hiking dengan kawan2 dia. So, aku, abang, ayah, and kawan2 ayah aku pegilah hiking dekat Gunung Tebu kat Terengganu. Gunung ni terletak dekat daerah Besut and tak jauh pun dengan rumah aku. First tu memang semput jugak lah sebab aku kecik lagi kut masa tu! Come on! Masa tu baru darjah 6 kut HAHA. Aku lupa pulak tinggi gunung tu berepa meter tapi dalam 4-5 jam jugak nak daki gunung tu sampai puncak. Part yang paling best, masa dah sampai kat puncak gunung tu, pemandangan dia memang cantik and super cantik! HAHA part tu yang paling ditunggu bagi orang2 yang suka mendaki macam aku ni. Sungguh tak terkata cantik dia!

Sebagai nasihat, sape2 yang tak suka mendaki ni, aku rasa, baik korang cuba dulu. Sekali cuba, memang nak pegi lagi. ok, stop sampai sini.

Thursday 29 September 2016

KMNS

KMNS? apa tu? dah2, aku tanya, biar aku yang jawab haha. KMNS tu short form untuk Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. apa yang menarik sangat pasal matrik kat Negeri Sembilan ni? MAKANAN MURAH WEIIII hahahaha. ok, sebelum aku masuk matrik ni, aku penah lah sebulan masuk form 6. secara jujurnya, matrik dengan form 6 takde lah beza jauh sangat. yang bezanya antara form 6 dengan matrik ni, matrik tak terikat dengan peraturan sekolah menengah. form 6 ni, kau kena pegi sekolah, balik sekolah, rehat, sama waktu dengan budak sekolah mengah. faham kan? tu berdasarkan pengalaman aku lah. fasal hostel kat sini, so far so good lah. takde apa kejadian paranormal pun terjadi kat aku sepanjang aku duk sini. so, Alhamdulillah lah. Roommate aku semua sporting and baik. semua benda nak kongsi HAHAHA. bersyukur gila dapat roommate satu kepala. classmate pulak, emm semua baik and suka buli aku (ok tipu jee.. hehe). ok stop sini. bye